sElAmAt dAtAnG Ke bLoGGeR SaYA...

TErImA KaSiK KeRaNa tElAh MeNgUnjUnGi bLoGGeR SaYa.BlOgggEr iNi mEnGeNaI FaNs,pEnGuNjUnG,FaMIlY&sToRy sAyA....

Rabu, 25 Ogos 2010

KePeNtInGaN SoLaT DaLaM IsLaM....


Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat Islam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam Al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan solat atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan
sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
(Surah an-Nisa' : 103)

Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-
orang Islam yang beriman, di antaranya:

1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah
Firman Allah SWT:


2. Solat dapat menghapus dosa.

3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

4. Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.

Justeru melaksanakan solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan merupakan
sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Sabda nabi SAW maksudnya:
"Dari Abi Amr asy-Syibani katanya, Abdullah bin Mas'ud pernah bertanya kepada nabi SAW apakah amalan yang paling Allah sukai?. Nabi menjawab: Solat tepat pada waktunya. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada Agama Allah SWT."
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan